Jadual Waktu Solat

Kisah Nabi Sulaiman Dan Bunga

Nabi Sulaiman AS adalah orang pertama mengetahui sifat-sifat penyembuhan yang ada pada herba dan bunga-bungaan. Pada suatu hari ketika, Nabi Sulaiman sedang mendirikan solat, tiba-tiba tumbuh satu jenis bunga dan memberi salam kepada Nabi Sulaiman AS lalu menceritakan jenisnya dan kuasa penyembuhan yang ada padanya yang dikurniakan Allah.

Khasiat Bunga

Riwayat dari imam Jaafar Sadiq a.s bahawa minyak bunga Banafsh(violet) adalah penghulu bagi segala minyak.. Banyaklah menyapu minyak bunga Banafsh kerana ia menghilangkan sakit kepala dan mata.Sabda Rasulullah s.a.w,jika orang mengetahui faedah-faedah minyak ini, mereka akan banyak memakainya.Rasulullah s.a.w juga bersabda ,redakan kepanasan demam dengan minyak banafsh

Penyeri Muka

Dari Rasulullah s.a.w :Bunga ros menyerikan wajah ,mencurah air bunga ros kemuka menghilangkan keresahan dan ketika menyapu kemuka hendaklah dizikirkan ''Alhamdulillah'' dan bersolawat keatas nabi dan keluarga baginda s.a.w. Amirul Mukminin berkata:Ini adalah bunga yang terbaik dari bunga-bunga syurga setelah bunga myrtle(mawrid).

Primrose

Didalam riwayat mengatakan mencium bunga Nargis (Primrose/Narcissus) dan menyapu minyaknya mempunyai khasiat yang banyak dan apabila Nabi Ibrahim a.s dilontar ke dalam api ,Allah Taala menyejukkan api itu dan menyelamatkan beliau . Ketika itulah tumbuhnya bunga nargis.

Mencium Bau Bungaan

Dari Imam Musa Kazim a.s ,Rasulullah s.a.w bersabda bahawa cecair dari bunga Marzanjush(Mouse-ear flower/Myosotis) adalah penawar bagi mata.Di dalam riwayat lain mengatakan bahawa mencium bunga ini menguatkan deria bau.

Sunday, June 8, 2014

Bergembiralah Wahai Wanita


Saturday, June 7, 2014

Tahukah Anda????

Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.
Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,
“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”
Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,
“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :
“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.
Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”
Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.

Bersederhana

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.

Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.

Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.
Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.
Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.
I'am Muslimah
Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.
Berkata Saidatina Fatimah,
“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).
Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.
Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.

Sumber :- http://www.iluvislam.com/inspirasi/7038-kehebatan-fatimah-az-zahra.html

Monday, June 2, 2014

Membongkar Rahsia Wanita Solehah

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

WANITA SOLEHAH BIDADARI SYURGA








Monday, March 24, 2014

Berhijab Itu Mudah

Definisi Hijab


Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.

Hijab dari istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar. Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.

Sesetengah negara yang berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya merujuk kepada penutupan kepala dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak. Dalam al-Quran, tudung disebut sebagai khimar.



Bahagian Hijab


Hijab terbahagi kepada dua bahagian:

Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian.
Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.



*Diharap pembaca faham dengan makna sebenar hijab. Jika ada sebarang persoalan, bolehlah bertanya. dan InsyaAllah akan bersambung dengan tajuk 'Asas pertama hijab'..waallahu'alam.... yang baik datang dari Allah, dan yang kurang datangnya dari saya.. semoga kita sama-sama diberkati olehNya.

Ahlan Wasahlan Ya Akhawat

assalamualaikum...

salam perkenalan...
moga ukhwah yang terbina berpanjangan...